Follow Us on Twitter

Buku dah siap..Dapatkan di pasaran!

Muqaddimah

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan yang menjadikan jin dan manusia supaya dapat beribadah kepadaNya, Yang Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di dalam dada dan mata yang khianat. Allah jugalah yang akan bertanyakan kepada pendengaran, penglihatan, hati dan anggota yang lain pada Hari Kiamat. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW yang dibangkitkan untuk merahmati sekalian alam, yang juga pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ

“Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat rupa paras dan harta kamu, akan tetapi Dia melihat hati dan amalan kamu.”

Selawat dan salam juga ke atas ahli keluarga Baginda SAW dan para sahabat yang telah membersihkan hati mereka daripada sifat-sifat yang cela, dan mereka juga telah menghiasi hati mereka dengan perangai yang baik dan sifat-sifat yang terpuji.

Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya. Saya telah menulis di dalam buku ini satu pendahuluan dan tiga tajuk utama.

Kepada Allah SWT jualah saya memohon supaya penulisan ini dapat memberi manfaat kepada diri ini, dan para pembacanya. Semoga Allah menjadikan hati ini ikhlas untuk mendapatkan keredhaan daripadaNya, ini kerana Dia Maha Berkuasa dalam semua perkara.

Yang menghimpun

Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment