Follow Us on Twitter

Terima kasih Allah dan Rasul..

Pagi semalam Mawleed Publishing  menerima sepucuk surat daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Alhamdulillah, isi kandungannya membuatkan kami tersenyum kerana  salah satu buku terbitan Mawleed Publishing telah dipilih untuk diedarkan ke seluruh perpustakaan desa di seluruh negeri. Ianya merupakan satu kejayaan yang kami rasakan buat Mawleed.

Mawleed melangkah setapak demi setapak untuk membina kejayaan. Diharapkan sedikit usaha ini dapat merealisasikan impian Mawleed untuk berkongsi ilmu dengan orang ramai. 

Buku yang dipilih tersebut ialah “Allah Memuliakan Rasulullah SAW”. Gaya penyampaian yang simple tetapi menarik dan disertakan dengan gambar mugkin membuatkan buku ini senang difahami oleh segenap lapisan masyarakat.Diharapkan Mawleed akan lebih bermotivasi untuk melahirkan karya-karya ilmiah dan bermanfaat di masa akan datang. Doakan kami….

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment