Follow Us on Twitter

Mutiara Damansara Berselawat

Category: 1 comments

Rasulullah SAW Dekat Di Jiwa dan Hati

Category: 0 comments

KUNJUNGI WEBSITE BARU MAWLEED PUBLISHING SDN. BHD.

Assalammualaikum.. terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog Mawleed.. terima kasih juga atas sokongan kalian kepada karya-karya Mawleed Publishing.. Disini ada 2 berita baik buat pembaca semua.

Pertama, buku karya Ustaz Muhadir bin Hj Joll yang dinanti-nantikan oleh pembaca telah pun siap. Buku yang bertajuk: 'Solat Nabi s.a.w Menurut Mazhab Syafi'e' ini amat menarik dan berguna untuk kita sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah..jika berminat bolehla menghubungi kami di talian 0133409960 (Pn Wardah) ataupun email di mawleedpublishing@yahoo.com.

Kedua: kami mengalu-alukan kunjungan pembaca ke website terbaru kami iaitu : www.mawleed.com

Dengan adanya website ini, kami mengharapkan pembaca semua dapat mengikuti perkembangan Mawleed dan mengetahui karya-karya Mawleed di laman web tersebut. Blog ini juga kami akan update bagi sesiapa yang memilih untuk terus mengikuti blog kami.

Akhir kata, selamat mengunjungi laman web kami di www.mawleed.com dan dapatkan info-info terkini. Wassalam..
Category: 0 comments

Transformasi Budaya Membaca Buku

Assalammualaikum para pembaca blog Mawleed. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dengan pandangan rahmat serta kasih sayangNya. Malam tadi 21.12.11, Al Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi telah menjadi Panel Jemputan di Buletin Awani yang bermula sekitar pukul 8.40 malam bersama Puan Maizan bin Ismail merangkap Pengarah Pembinaan Koleksi Negara & Pendokumentasian dan Firuz seorang penulis muda dari PTS Publication.

Walaupun singkat, tapi ternyata ia memberi kesan kepada Ustaz Lutfi al Linggi. Ini kerana buku beliau yang bertajuk: Perbicaraan Yang Berharga Sesungguhnya Allah Memuliakan Rasulullah SAW menjadi antara pilihan Perpustakaan Negara Malaysia kerana bahasa yang mudah untuk menerangkan kepada pembaca untuk mengenal siapakah Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Di antara saranan dan pandangan Ustaz Lutfi al Linggi ialah:

Kita perlu transformasikan kepada budaya membaca buku kerana ia akan menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan bagi setiap pembaca dan penulis buku.

Setiap rumah kalau boleh wujudkan perpustakaan mini agar rumah kita ini menjadi ruangan yang boleh menimbulkan semangat untuk membaca ilmu pengetahuan.

Buku-buku pada hari ini mestilah dibuat dalam keadaan menarik agar dapat menambat hati para pembaca seolah-olah kita nak membeli makanan yang sedap.

Buku-buku yang nak ditulis dan diterbitkan kadang-kala mestilah mengikut keadaan yang berlaku sekarang di dunia ini.

Itu sahaja coretan dari meja Mawleed. Doakan kami semua agar maju dalam dunia ilmu. Wassalam…

Category: 0 comments

Kitab Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi'e

Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang ialah sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bersabda, “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah SAW) sembahyang.”

Buku Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e ini hadir dihadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya datang daripada bentuk solat Rasulullah SAW yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafi’e.

Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafi’e adalah mengikut sembahyang cara Nabi SAW. Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di negara ini yang bermazhab Syafi’e sejak zaman berzaman. Cara inilah yang telah dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian, malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafi’e.

Tunggu Kemunculannya!!!

Category: 6 comments

KAMI MENUNGGUMU WAHAI RASULULLAH!

Tarikh 26 November 2011, bertepatan dengan masuknya tarikh 1 Muharram 1433H, rombongan al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi telah sampai ke Pulau Pinang, seolah-olah merasai perjalanan jauh hijrah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersama para Sahabat menuju ke Madinah. Walaupun sebenarnya langsung tidak sama dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi telah diminta menyampaikan syarahan mengenai sekitar Hijrah Rasul di Surau Nurul Ihsan di Jelutong dan Masjid Jami’ Hasyim Yahya di Jalan Perak. Sambutan amat menggalakkan dan telah menyentuh perasaan hadirin yang berada di Pulau Pinang.

Di antara kata-kata mutiara Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi:

“Kita semua sebenarnya telah berhutang dengan Junjungan Mulia Sayyiduna Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam. Kita perlu bermuhasabah bahawa segala ibadah kita keseluruhannya itu dibayangi kesan-kesan pengorbanan jiwa dan raga Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan para Sahabat yang berhijrah kerana kita dan umat Islam. Andainya Rasulullah SAW tidak sampai ke Madinah, apakah yang akan berlaku kepada kita? Apakah pegangan akidah kita? Ya! Kami berterima kasih kepadamu wahai Rasulullah! Engkaulah Insan yang sentiasa membawa kami menuju ke Negeri Kebahagiaan yang diredhai oleh Allah Yang Maha Mulia. Kami menunggumu Wahai Rasulullah!

Berikut merupakan beberapa gambaran sepanjang majlis tersebut.

Tajuk Yang Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi berikan kepada pihak penganjur.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi bersama saudara Mohd Asraff Khan yang sudi memberikan rumah beliau sebagai penginapan rombongan selama dua hari. Bergambar dulu sebelum menyampaikan syarahan.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi tengah menyampaikan syarahan Hijrah Rasul.

Warga Pulau Pinang benar-benar menghargai hijrah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi diminta menurunkan tandatangan di buku tamu Surau Nurul Ihsan.

Tandatangan dan pesanan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi.

Al-Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab al Linggi bergambar bersama-sama sebagai kenangan dengan Kepimpinan Surau Nurul Ihsan.


Category: 0 comments

Kitab Rebutan Yang Mendahagakan Persoalan Khilafiyyah


Ucapan assalammualaikum ditujukan kepada para peminat setia Mawleed Publishing Sdn Bhd dan pengunjung yang sudi menziarahi blog ini. Tanpa anda semua, pengeluaran buku-buku Mawleed Publishing tidak akan bertambah dan tidak ke mana.

Bukannya apa, kali ini nak bercerita kitab Persoalan Khilafiyyah yang dikarang dan disusun oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam proses untuk cetakan kali ke-2 dan diserikan dengan design baru dan pembaikan. Ini bertujuan meningkatkan mutu dan kualiti kitab demi memastikan para pembaca dan pembeli berpuas hati dengan keluaran buku-buku Mawleed Publishing.

Dan pihak kami memohon maaf sekiranya ada buku-buku kami yang rosak atau tidak berapa kualiti cetakannya. Ini kerana kadang-kadang pihak pencetak atau pengilang sendiri yang ada kalanya tidak buat kerja dengan amanah dan teliti. Tapi itu sentiasa dipantau dan dilihat oleh pihak kami.

Para pembaca blog ini juga boleh memberikan komen atau pendapat di atas cover yang terbaru di atas. Merah menyala tandanya berani atau boleh menyelesaikan segala permasalahan dan persoalan yang berlegar-legar di akal fikiran orang awam terhadap isu-isu agama yang mula ditimbulkan sejak akhir-akhir ini. Buku ini antara buku bestseller Mawleed Publishing. Hangat dan memberangsangkan penjualannya. Tak percaya! Silalah beli dulu. Nanti baru tahu akan penangannya. Jangan sayangkan duit sangat untuk beli kitab ilmiah macam ini. Jom kita beli, kita beli ramai2……

APA KATA ANDA SEMUA?


Category: 6 comments