Follow Us on Twitter

RM2 Juta Setahun Beli Buku Tempatan

KUALA LUMPUR 25 Mac - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM2 juta setahun untuk membeli buku-buku hasil karya penulis tempatan secara terus daripada mereka, bermula tahun ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, melalui pembelian secara langsung itu, nasib penulis tempatan akan lebih terjamin kerana mendapat bayaran secara langsung tanpa perlu bergantung kepada khidmat orang tengah seperti sebelum ini.

"Melalui bajet yang telah diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini, Perpustakaan Negara akan terus berurusan dengan penulis tempatan bagi membeli karya mereka.

"Buku-buku yang dibeli pula akan dihantar ke 1,049 buah perpustakaan desa di seluruh negara bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat," katanya selepas melancarkan Program Mari Membaca 1Malaysia Bersama Ikon Membaca Kebangsaan, Datuk Michelle Yeoh di Perpustakaan Negara di sini hari ini.

Rais menambah, peruntukan yang diluluskan itu akan memastikan buku-buku tempatan terus diterbitkan selain memberi motivasi kepada lebih 5,000 penulis di negara ini.

"Penerbitan buku secara berterusan oleh penulis kita penting kerana pendapatan yang dijana melalui industri ini juga besar dan mencecah sehingga RM2.1 bilion pada 2009," katanya.

Sementara itu, Rais berkata, trend membaca oleh rakyat Malaysia mula menunjukkan peningkatan dengan menyaksikan mereka yang berumur 10 hingga 40 tahun merupakan pembaca paling aktif dengan purata membaca lapan buah buku setahun.

Category: 4 comments

4 comments:

sundreyati said...

Assalamualaikum, bagaimana saya nak mendapatkan buku terbitan tuan ?

Mawleed Publishing said...

Wassalam. Boleh dapatkan buku kami yang juga terdapat di pasaran. Terutama di Masjid India di Kedai Irfan tingkat 1 berhadapan Masjid India. Atau boleh pesan melalui pesanan pos dan kami akan poskan ke rumah saudari.

Mawleed Publishing said...

Atau sila hubungi 013-3409960 Pengurus penerbitan Nurwardah binti Alias untuk maklumat lebih lanjut.

Faris Abdat said...

Alhamdulillah, kami sudah pun menghubungi Puan Nurwardah hari ini. Panggilan dari Singapura. Alhamdulillah, semakin banyak permintaan mengenai buku-buku anda dari pecinta buku Islam di Singapura.

Cuma diharapkan pihak anda dapat meletakkan contact detail di sisi kanan blog ini untuk memudahkan sesiapa yang berminat untuk menghubungi anda.

Insha allah, kami di kedai buku Muslimedia Bookshop di Singapura berharap bakal mendapat pesanan kami dalam masa yang terdekat ini : )

Post a Comment