Follow Us on Twitter

Apa kata mereka terhadap buku ini.


“Alhamdulillah, dengan izin Allah swt telah lahir sebuah kitab yang begitu detail,padat,tepat dan berkesan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan. Mudah-mudahan dengan kehadiran kitab PKDPU ini dapat menjernihkan kembali pemikiran dan pemahaman kita terhadap ajaran Islam yang sebenar disamping dapat meningkatkan keyakinan kita semua dalam beramal.Selain itu,moga kitab PKPDU ini dapat kita jadikan sebagai hujah,panduan serta rujukan bagi menangkis serangan daripada golongan yang agak radikal fahamannya terhadap agama Islam disamping kita dapat menyebarkan perkara yang haq kepada seluruh lapisan masyarakat sebagaimana memetik kata-kata daripada seorang muallim saya: “Kita berhujah bukanlah untuk menunjukkan kepandaian mahupun untuk memperoleh kemenangan terhadap pihak lawan tetapi kita berhujah adalah untuk menyampaikan kebenaran terhadap ajaran Islam yang sebenar”.

(Al faqirah wal haqirah ilallah, Siti Fatimah binti Abd Ghaffar, Biotechnology, 1st Year, UIA Kuantan)


“Buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ ini sangat membantu saya. Seminggu sebelum membeli buku ini, kampung kami agak heboh dengan ceramah seorang ustaz muda yang kata tak boleh sambut Maulid Nabi SAW dan talqin mayat bid’ah. Alhamdulillah, semuanya dijawab dan dikupas dengan begitu mantap dalam buku ini. Semoga Allah membalas jasa Ustaz Muhadir atas usaha murni beliau”.

(Masni, Guru Matematik, Sabak Bernam)


“Tahniah kepada Al-Fadhil Ustaz Muhadir atas buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ beliau. Ana menyarankan para ulama, ustaz dan pendakwah untuk memilikinya. Ia mengumpulkan jawapan kepada perkara-perkara yang dilabelkan ‘bid’ah’ atau ‘tidak boleh’ dalam masyarakat. Jawapan pada setiap perkara-perkara ini sangat mantap dan amanah (banyak rujukan kitab). Usaha beliau ini meneruskan perjuangan ulama’ Ahlus Sunnah wal Jama’ah terdahulu. Teruskan Ustaz Muhadir menghasilkan karya-karya yang bermanfaat kepada ummat”.

(Ustaz Amin, pendakwah bebas, Perak)


“Buku Persoalan Khilafiyyah Ustaz Muhadhir ini seperti ensiklopedia. Bukan hanya menjawab persoalan khilafiyyah, tetapi memperkenalkan tokoh-tokoh ulama’ juga. Saya sangat suka membaca riwayat hidup mereka. Kagum tengok ustaz kumpul riwayat hidup mereka yang beratus-ratus ni. Alhamdulillah, saya mula mengenali ulama dan menyanjungi mereka. Buku ini hadiah berharga dalam hidup saya”.

(Nik Mustafa, Maybank)


“Tak sangka ada buku macam ni waktu sangat memerlukan sekarang. Mula-mula nak beli, tak sanggup nak keluar RM150, mahal tu… Tak pernah beli buku semahal ni. Tapi bila tengok tajuk dan cara jawab, rasa macam rugi pulak tak beli. Sekarang tengah seronok baca. Macam-macam perkara yang tak terjawab selama ni, dijawab dengan baik sekali dalam buku ini. Kawan-kawan di luar sana, tak rugi beli buku ni. Duit boleh cari beb, tapi buku macam ni, bukan senang nak dapat. Allah sahaja membalas pengorbanan pengarangnya, Ustaz Muhadir. Teringin nak jumpa bertentang mata dengan ustaz”.

(Mohd, 3rd, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM)

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment