Follow Us on Twitter

Kitab Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi'e

Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang ialah sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW bersabda, “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah SAW) sembahyang.”

Buku Solat Nabi SAW Menurut Mazhab Syafi’e ini hadir dihadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya datang daripada bentuk solat Rasulullah SAW yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafi’e.

Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafi’e adalah mengikut sembahyang cara Nabi SAW. Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di negara ini yang bermazhab Syafi’e sejak zaman berzaman. Cara inilah yang telah dan sedang diajar, malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah (KAFA dan PAFA) di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian, malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab Syafi’e.

Tunggu Kemunculannya!!!

Category: 6 comments

6 comments:

Nik Ahmad said...

Saya nak beli, sila email saya bila buku ni dah ade... :) tq.

Zukii Razzaq said...

Saya juga berminat. Emel kpd saya jika buku sedia dijual. Syukran

Zukii Razzaq said...

zukirazak@gmail.com

HIJAU-UNGU said...

Salam, saya berminat akan buku ini, boleh minta butir2 pembelian buku ini?

exstudent08@gmail.com

putramachang said...

myputra2012@gmail.com...email saya

bsyafie said...

Assalamu'alaikum,
Sila emelkan kepada saya (bsyafie2@yahoo.com) apabila buku tersebut telah diterbitkan. InsyaAllah saya ingin juga membeli buku persoalan khilafiah bersama. Terima kasih

Post a Comment