Follow Us on Twitter

Kitab Rebutan Yang Mendahagakan Persoalan Khilafiyyah


Ucapan assalammualaikum ditujukan kepada para peminat setia Mawleed Publishing Sdn Bhd dan pengunjung yang sudi menziarahi blog ini. Tanpa anda semua, pengeluaran buku-buku Mawleed Publishing tidak akan bertambah dan tidak ke mana.

Bukannya apa, kali ini nak bercerita kitab Persoalan Khilafiyyah yang dikarang dan disusun oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam proses untuk cetakan kali ke-2 dan diserikan dengan design baru dan pembaikan. Ini bertujuan meningkatkan mutu dan kualiti kitab demi memastikan para pembaca dan pembeli berpuas hati dengan keluaran buku-buku Mawleed Publishing.

Dan pihak kami memohon maaf sekiranya ada buku-buku kami yang rosak atau tidak berapa kualiti cetakannya. Ini kerana kadang-kadang pihak pencetak atau pengilang sendiri yang ada kalanya tidak buat kerja dengan amanah dan teliti. Tapi itu sentiasa dipantau dan dilihat oleh pihak kami.

Para pembaca blog ini juga boleh memberikan komen atau pendapat di atas cover yang terbaru di atas. Merah menyala tandanya berani atau boleh menyelesaikan segala permasalahan dan persoalan yang berlegar-legar di akal fikiran orang awam terhadap isu-isu agama yang mula ditimbulkan sejak akhir-akhir ini. Buku ini antara buku bestseller Mawleed Publishing. Hangat dan memberangsangkan penjualannya. Tak percaya! Silalah beli dulu. Nanti baru tahu akan penangannya. Jangan sayangkan duit sangat untuk beli kitab ilmiah macam ini. Jom kita beli, kita beli ramai2……

APA KATA ANDA SEMUA?


Category: 6 comments

6 comments:

Zainab Al-Ghazali said...

Assalamualaikum..TAHNIAH kpd penerbit kerana telah berjaya publish buku ini utk kali kedua..

drpd pemerhatian sy,cover buku utk 2nd edition pd kali ini nampak lebih 'hidup', 'gah', 'fresh' dan attractive..

SYABAS kpd designer buku 2nd edition ni..xmustahil dgn penghasilan buku edisi ke 2 ini,lebih ramai org akan tertarik dan membeli buku ini sbg koleksi peribadi..

semoga Allah merahmati usaha2 org yg memperjuangkan kebenaran Ahlus Sunnah wal Jamaah di atas muka bumi ini~

ansorullah mawar agama said...

Assalamualaikum warahmatullah.Ahlan bik.

Alhamdulilah.Allah dengan rahimNya mengizinkan pencetakan kali ke dua buku al fadhil ustaz Muhadir bin Hji Jol.Tahnaiah diucapkan.

Warna background buku menarik.Semestinya ada sebab mengapa Rasulullah sangat menyukai warna merah.Merah melambangkan semangat yang tinggi dan jiwa yang berani.Ini menunjukkan dalam menyatakan yang hak dalam agama,harus ada ketegasan,keberaniaan tanpa peru menyembunyikan fakta yang benar serta semangat dalam meyebarkan ilmu yang benar berlandas al Quran dan As sunnah ditambah pandangan ulama-ulama terdahulu.Warna keemasan pada bahagian side boleh menarik pandangan peminat buku untuk membelinya.Meskipun emas,emas berisi.Cuma ana rasa kalau pada tulisan juga dibuat dengan warna emas campur hitam sedkit mungkin agar menyerlah.Wallahualam.Semoga usaha kalian diberkati ALLAH.Jazakallah kepada ustaz Muhadir yang juga Murabbina ana.

Mawleed Publishing said...

Waalaikummussalam wbt.
Terima Kasih diucapkan kepada saudara & saudari krn sudi meluangkan masa utk menjenguk blog Mawleed dan memberi komen yg membina.

InsyaAllah, dengan galakan dan sokongan yg diberikan oleh kalian akan memberi semangat kepada kami utk menghasilkan buku-buku ilmiah dan bermanfaat utk semua. Doakan kami selalu ye. wslm.

Habibatullah said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Syafikha Jaafar said...
This comment has been removed by the author.
AHMAD SYAIBANI BIN RAMLI said...

Assalamualaikum. Salam perjuangn kpd mawleed. Syukran jazilan krana mnerbitkan buku syaikhunal mahbub Al-Ustaz Muhadir bin hj Joll.

Komen saya : Alhamdu lillah. Ok. Menyerlah merah. Namun kelihatan fancy, fancy membawa makna ringan. Sdgkan karya ini merupakan karya besar Al-Ustaz. Al-Ustaz kumpul persoalan2 khilafiyah ni byk tahun, sebelum dibukukan. Bg saya, perlu untuk menampakkan gah buku ini sbg sbuah khazanah ilmiah yg tinggi nilainya. Jd, citra yg sesuai perlu difikir, tanpa saya nafikan bhw citra keawaman juga perlu (spt cover skang) memndgkan buku ini dituju kpd klompok awam dn popular. Sekadar memandang. Terima kaseh.

Post a Comment