Follow Us on Twitter

Yaasiin Mawleed Publishing Sebagai Hadiah






Pada 27 Januari 2011 yang lalu, pihak Bank Muamalat telah menganjurkan satu ceramah bersempena dengan perasmian wajah baru Surau As-Sakinah, di tingkat 2, Menara Bumiputra. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Y.Bhg Dato' Hj Ismali Kamus. Majlis yang bermula pada jam 4.30 petang itu dimulakan dengan perasmian wajah baru Surau As-Sakinah oleh Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad iaitu Yang Berbahgia Tan Sri Dato' Dr Mohd Munir Abdul Majid dan turut disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah, Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah dan juga barisan pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad. 330 orang warga kerja Bank Muamalat Malaysia Berhad telah hadir bagi meluangkan masa untuk bersama-sama menyaksikan satu lagi detik bersejarah Bank Muamalat Malaysia Berhad selain dari menghayati ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan kita. Pihak Pengurusan Bank Muamalat Malaysia Berhad juga berbesar hati menghadiahkan naskah Yaasiin yang ditempah khas daripada Mawleed Publishing kepada kakitangan yang datang lebih awal ke majlis tersebut. Majlis berakhir pada jam 6.00 petang, disusuli dengan jamuan makan yang ditaja oleh pihak bank.

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment