Follow Us on Twitter

Surah Yaasiin dan Doa-doa Amalan Penjagaan Di Dunia dan Akhirat


Surah Yaasiin adalah merupakan bacaan yang paling masyhur dan sering dibaca dari kalangan umat Islam. Tambahan pula bacaan surah Yaasiin selalu dibaca pada hari Khamis malam Jumaat. Umat Islam telah memilih bacaan surah Yaasiin kerana ia banyak mengandungi keutamaan dan kelebihan. Surah Yaasiin juga adalah merupakan salah satu surah kesukaan Rasulullah SAW.

Berkata guru kami Al Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki al Hasani RA: Surah Yaasiin adalah merupakan salah satu pintu terbesar untuk mencapai kejayaan.


Telah diriwayatkan oleh Sayyiduna Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu malam untuk mendapatkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosanya pada malam itu”.

Telah berkata Sayyiduna Ibnu Abbas RA, “Sesiapa yang membaca Yaasiin pada waktu pagi, dikurniakan kemudahan pada hari itu hingga ke petang, dan sesiapa yang membacanya pada pertengahan malam, dikurniakan kemudahan pada malamnya hingga ke pagi”.
Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment