Follow Us on Twitter

Transformasi Budaya Membaca Buku

Assalammualaikum para pembaca blog Mawleed. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dengan pandangan rahmat serta kasih sayangNya. Malam tadi 21.12.11, Al Fadhil Ustaz Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi telah menjadi Panel Jemputan di Buletin Awani yang bermula sekitar pukul 8.40 malam bersama Puan Maizan bin Ismail merangkap Pengarah Pembinaan Koleksi Negara & Pendokumentasian dan Firuz seorang penulis muda dari PTS Publication.

Walaupun singkat, tapi ternyata ia memberi kesan kepada Ustaz Lutfi al Linggi. Ini kerana buku beliau yang bertajuk: Perbicaraan Yang Berharga Sesungguhnya Allah Memuliakan Rasulullah SAW menjadi antara pilihan Perpustakaan Negara Malaysia kerana bahasa yang mudah untuk menerangkan kepada pembaca untuk mengenal siapakah Rasulullah SAW yang sebenarnya.

Di antara saranan dan pandangan Ustaz Lutfi al Linggi ialah:

Kita perlu transformasikan kepada budaya membaca buku kerana ia akan menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pandangan bagi setiap pembaca dan penulis buku.

Setiap rumah kalau boleh wujudkan perpustakaan mini agar rumah kita ini menjadi ruangan yang boleh menimbulkan semangat untuk membaca ilmu pengetahuan.

Buku-buku pada hari ini mestilah dibuat dalam keadaan menarik agar dapat menambat hati para pembaca seolah-olah kita nak membeli makanan yang sedap.

Buku-buku yang nak ditulis dan diterbitkan kadang-kala mestilah mengikut keadaan yang berlaku sekarang di dunia ini.

Itu sahaja coretan dari meja Mawleed. Doakan kami semua agar maju dalam dunia ilmu. Wassalam…

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment