Follow Us on Twitter

Penerangan Yang Tepat


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Segala puji bagi Allah SWT yang memerintah semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya.

Kitab ini merupakan himpunan daripada seratus permasalahan yang telah pun dijawab. Masalah-masalah inilah yang difikirkan oleh akal manusia pada kurun 14 Hijrah ini. Kadangkala ia timbul dengan cara sengaja dan kadangkala secara tidak sengaja. Ia juga sebagai ukuran untuk mengklasifikasikan keislaman seseorang yang Islam, sebagai ujian untuk mereka.

Permasalahan ini telah disebarkan oleh kebanyakan golongan, bahawa ia adalah masalah tidak diperselisihkan. Majoriti daripada kalangan mereka mendakwa bahawa mereka berada di bahagian yang benar. Maka, sesiapa yang berpendapat selain daripada mereka dianggap keluar daripada mereka dan bukan golongan mereka. Mereka juga dianggap fasiq, menyeleweng, ataupun dengan kata yang lain, mereka ini tidak berpegang teguh dengan agama dan mempermudahkan dalam agama. Ataupun dituduh dengan tuduhan tidak mencintai Rasulullah SAW, seorang yang keras hati, menyerupai Arab badawi pada zaman dahulu yang kasar kelakuannya, ataupun munafiq, kafir dan syirik.

Golongan tersebut mengalih pandangan orang-orang Islam ke arah mementingkan masalah-masalah ini, sekalipun ia adalah masalah khilafiah di kalangan para ulama’ ’fiqh, yang mana setiap mazhab mempunyai dalil mereka tersendiri, walaupun masalah yang disepakati dikalangan para ulama’ fiqh lebih banyak daripada masalah yang diperselisihkan.

Sehinggakan sebahagian daripada mereka mengukur permasalahan fiqh yang terdapat di kalangan ulama’ salaf berdasarkan bentuk khilafnya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Ini bermakna permasalahan ini tidak lebih daripada satu masalah, yang mana setiap daripadanya terdapat sepuluh ribu masalah pula.

Adakah boleh diterima akal bahawa kita bersepakat dalam sepuluh ribu masalah, sedangkan apabila kita berselisih dalam satu masalah, kita meninggikan suara (berhujah) terhadap pandangan lain? Maka ia akan menjadi satu bentuk jihad tanpa pemikiran yang mendalam. Ini menunjukkan bahawa di sana terdapat kekosongan atau kecelaruan pemikiran, dan juga kekosongan ilmu, lebih-lebih lagi ia merupakan kerompangan terhadap pemerhatian dalam agama.

Saya ingin menjelaskan bahawa buku ini mengandungi dalil-dalil yang dipegang oleh para ulama’ dalam mengemukakan jawapan terhadap beberapa persoalan. Ia merupakan pendapat Jumhur Ulama’ dan keyakinan bahawa permasalahan ini mempunyai kesepakatan.

Bahkan kita melihat perbezaan di kalangan para ulama’ atau apabila kita melihat perbezaan kebanyakan Jumhur Ulama’, tidak seharusnya kita meletakkan masalah ini mengikut kelompok-kelompok umat Islam tertentu. Sebaiknya, skop perbahasan ini perlu mengikut acuan berpandukan Allah SWT dan Rasululllah SAW.

Semoga Allah SWT memberi manfaat dengan permasalahan ini, bagi menghilangkan kesamaran dan berusaha untuk menyatukan umat Islam di atas beberapa kaedah,

Pertama:

إِنَّـمَا يُنْـكَرُ المُتَّـفِقُ عَلَيْـهِ, وَلاَ يُنْـكَرُ المُخْتَـلَفُ فِيْـهِ

Apa yang dinafikan ialah perkara yang disepakati oleh ulama' dan tidak pula dinafikan perkara yang diperselisihkan oleh pendapat ulama’.

Kedua:

لاَ يُـعْتَـرَضُ بِـمَذْهَـبٍ عَلَـى مَذْهَـبِ

Tiada pertembungan mazhab dengan mazhab yang lain.

Ketiga:

الإِجْتِـهَادُ لاَ يُنْـقَضُ بِالإِجْتِـهَادِ

Ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad yang baru.

Saya telah membahagikan buku ini kepada lima bab seperti berikut:

Bab Pertama : Persoalan umum mengenai Islam dan Aqidah

Fasal 1 : Persoalan tentang pengertian Islam dan menolak kesamaran

Fasal 2 : Persoalan tentang Pegangan dan Tauhid

Bab Kedua : Persoalan berkaitan dengan Nabi SAW dan Fiqh Islam

Fasal 1 : Persoalan yang berkaitan dengan Nabi SAW

Fasal 2 : Persoalan yang berkaitan dengan Fiqh Islam dan sebab-sebab perbezaan pendapat.

Bab Ketiga : Persoalan berkaitan ibadat

Fasal 1 : Persoalan tentang zikir

Fasal 2 : Persoalan tentang solat

Fasal 3 : Persoalan tentang zakat

Fasal 4 : Persoalan tentang puasa

Fasal 5 : Persoalan tentang haji.

Bab Keempat : Persoalan berkaitan tasawwuf dan sufi

Bab Kelima : Persoalan berkaitan dengan ibadat

Semoga Allah SWT menjadikan neraca timbangan yang yang baik pada Hari Kiamat.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Prof. Dr. Ali Muhammad Jum’ah Muhammad Abdul Wahab

Mufti Republik Arab Mesir,

Kaherah: Ramadan 1426 H / Oktober 2005 M

Category: 3 comments

3 comments:

al-fagir abu zahrah said...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ustaz Lutfi, buku ni dah terbit ka? Kalau dah al-fagir nak iklankan kat blog. Berapa harga dan dimana boleh didapati buku ini. Sekian. Wassalam.

Mawleed Publishing said...

Waalaikumsalam. Moga ustaz sihat di sana. Insyaallah, sekitar 3 minggu lagi. Tapi, bila dah nak siap baru ana minta tolong ustaz paparkan dekat blog ustaz itu. Yang lain, boleh ustaz letakkan blog ini di paparan blog al-Fanshuri di area blog Pustaka Sunnah. Sekian, terima kasih. Wassalam

Mohd. Abd. Rashid Bin Yah al-Kubrawiy al-Husaini said...

Saya pun memang sedang menungggu buku ini. Dah tak sabar untuk memilikinya.

Post a Comment