Follow Us on Twitter

Kisah Memburu Buku.




Pesta Buku Jakarta

Jika kita selalu mendengar “menuntut ilmu biarlah sampai ke Negara Cina”, tetapi lain sedikit di Mawleed kerana Mawleed mencari buku hingga ke Jakarta, Indonesia..

Apa yang dimaksudkan dengan statement di atas? Ini kerana Mawleed berburu buku di Pesta Buku Jakarta pada pertengahan tahun yang lepas. Peluang yang ada tidak dilepaskan dengan sia-sia. Sambil melihat buku-buku yang ada, kami juga mencari idea untuk memantapkan lagi karya Mawleed.

Kata orang, “Jauh berjalan, luas pemandangan”. Kami juga berasakan begitu kerana kami dapat membuka minda dan memikirkan apakah langkah seterusnya yang dapat Mawleed lakukan supaya buku-buku Mawleed akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Pesta buku yang berlangsung di Istora, Senayan, Jakarta dipenuhi oleh masyarakat yang kasihkan ilmu dan suka berkawan dengan buku. Kami dapat melihat, ramai pelajar yang memakai pelbagai bentuk uniform sekolah memenuhi stadium Istora untuk melihat dan membeli buku-buku yang diberi potongan harga yang lumayan. Bukan sahaja pelajar, ibu bapa dengan anak-anak kecil juga telah memenuhi ruang stadium ini sejak pagi lagi. Situasi ini agak sama dengan Pesta Buku Kuala Lumpur yang selalu diadakan di PWTC. tetapi, kami berasa gembira kerana dapat melihat suasana ini di Jakarta pula. Khabarnya, bukan dekat mereka datang. Ada yang datang dari jauh, Surabaya, Bandung yang memakan masa juga untuk ke Jakarta. (termasuklah kami yang datang dari Malaysia)..

Dengan tema “Buku Mengubah Hidupku”, ianya menggabungkan unsur pameran, pendidikan dan hiburan. Tema ini sudah cukup manggambarkan bagaimana hebatnya pengaruh buku di dalam kehidupan seseorang.

Kami pun tak menang tangan membeli buku-buku yang menarik. Penuh kedua-dua belah tangan menjinjing buku. Tak cukup sekali, sampai tiga kami kami berulang alik dari hotel ke stadium Istora. Nasib baik hotel tidak berapa jauh dari Istora. Hanya berjalan kaki kami sudah sampai. Tetapi tak mengapa, kerana buku dan kerana ilmu yang terkandung di dalamnya, kami sanggup!!

antara buku yg dibeli..ni baru first round beli buku..

org ramai yang dah mule menunggu pintu dibuka..

buku-buku terbitan mizan

antara buku yang ada

..dan, sebelum balik, jgn lupa makan nasi padang.. =)

~Wassalam~

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment