Mengapa Anda Mesti Membaca Buku Ini? Ini kerana di dalam buku ini, dikumpulkan persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama‘. Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat. Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dapat dipertanggungjawabkan. Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan Syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini, dibentangkan penjelasan para ulama’ muktabar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan, melalui rujukan mereka terhadap al Qur’an, hadith, maupun sumber-sumber istinbath yang lain.
• Bid’ah
• At-Tark
• Mafhum dan bentuk Ibadah
• Hadits Dhaif
• Ikhtilaf
• Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka
Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)
• Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
• Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
• Doa qunut di dalam sholat Shubuh
• Kenduri/majlis tahlil
• Talfiq
• Tidak bermazhab dan lain-lain
Harga = RM30.00 (Sem) RM33.00 (Sab/Swk)
Mukasurat = 294
Penulis = Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Penerbit = Mawleed Publishing Sdn Bhd
0 comments:
Post a Comment